kawan kawan

Wednesday, February 23, 2011

Persepsi: Kita dan Sunnah Rasulullah SAW

assalamualaikum

MuhammadurRasulullah-1

sempena sambutan Maulidul Rasul yang baru je lepas minggu lepas, aku nak kupas sket tajuk kat atas ni. sebagai umat Islam, memang kita memandang tinggi kepada rasul kita. Pesanan dan tabiat Rasulullah turut menjadi ikutan dan tauladan kepada kita. Tapi, dalam keadaan hari ini. kita boleh tengok beberapa tabiat orang kita (Melayu Islam) yang mempunyai tabiat berbeza – beza dalam penghayatan sunnah Rasulullah S.A.W kita (selawat ke atas nabi)

1) Mengikut secara membuta tuli

terdapat golongan yang main ikut je tanpa penghayatan. Sampai dah jadi macam follow member pulak. kita ni manusia, x lari dari kesilapan. mungkin akan berlaku masalah komunikasi dalam beri maklumat. Dapat2 zaman sekarang ni banyak sangat timbul ajaran2 sesat dan juga jarum jarum haus Yahudi. jadi berjaga2 la kita dan elok untuk kita ikut sesuatu sunnah tu dari satu sumber yang betul dan diyakini. Macam2 boleh jadi akhir zaman ni. Kemudahan internet pun dah ada sekarang. ustaz2 pun da banyak yang ada FB dan forum. so tak menjadi masalah kalau kita nak mendapatkan kepastian dalam hal2 seperti ini.

2) Ikut separuh2 atau “double standard”

yang ni memang banyak. antara contoh yang paling glemer dan selalu berlaku dalam masyarakat dan drama melayu ialah ikut sunnah nabi ketika berkahwin. Pastu mesti isteri jawab', “owh, nak kawin ikut sunnah nabi. nak beramal x ikut pulak”. Banyak lagi sebenarnya, bagi aku dengan buat macam ni sebenarnya kita bukan IKUT sunnah nabi tetapi lebih kepada MEMPERGUNAKAN sunnah dan nama nabi dalam mencapai apa yang kita mahu. bagi aku juga, ni salah satu bentuk penghinaan kepada nabi dan sunnahnya. renung2kan lah ye

3) salahguna

yang golongan yang paling dasyat dalam banyak2 golongan. contoh golongan2 yang camni ialah kaki2 multi-level marketing (MLM) yang mempergunakan hadis nabi. diorang kata sunnah nabi 9/10 rezeki datang dari berniaga. tapi sebenar nak pancing je tu. diorang buat skim piramid yang ntah ape2 pastu cakap berniaga. last2 yang kene tipu orang kita jugak.sadis2… ni memang lagi dasyat dari golongan yahudi. jarum dalam daging dan kadang2 yang lebih sadis, peneraju MLM tersebut ialah bukan orang kita. ape nak kisah beb! kerajaan pun x amek kisah.

ni lah antara golongan yang menjatuhkan mata orang islam di mata orang kafir… ini la benda yang pernah dikatakan oleh Raja Petra (http://malaysiakini.com) “musuh orang islam ialah orang islam itu sendiri. inilah golongan yang perlu kita perangi sebelum melawan musuh islam diluar sana”. cuba kita fikirkan bersama2 ayat beliau ni

p/s: aku bukanlah orang alim yang berserban serta ilmu tinggi di dada. tapi again. its just my perception. korang cuba la fikirkan apa yang aku cakap kat atas tu

1 comment:

  1. waa... ade citation... improvement neh.. pape pom.. best bc.. ^___________^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...