kawan kawan

Wednesday, June 15, 2011

RAGE!: pejadahnye ban internet download wei!

 

Hallo! its been a while aku tak menulis. lame gile kot. Kali ni aku tertarik nak tulis pasal isu pihak terbabit yang ban internet. aku rasa langkah ini bodoh dan sia2.nak tahu kenapa? ok..baca satu2

1) Internet ialah salah satu medium untuk hiburan

dulu orang ade jugak kata, kemunculan TV dan VCD adalah zaman penamat untuk pawagam. tapi tengok lah zaman sekarang cinema still bertambah tiap – tiap tahun. kesimpulan kat sini, orang ramai tak kisah untuk bayar untuk tengok benda yang betul - betul bagus. tengok la movie kat USA, still boleh dapat untuk ratus2 juta walaupun cetak rompak or torrent or whatever betul2 berleluasa. tu kat negara liberal beb.. yang memang bebas.tengok pulak macam mana CGI, stunt and yang paling penting modal and market diorang. Diorang buat cerita untuk market international. memang gila punya. Bukan setakat cerita pondan 2 alam mati pastu target sampai mengarut2 dengan janji yang bullshit (ok, ignore this, die sorang je macam gini). kesimpulannya (dua kali simpul dah), orang tak kisah bayar untuk mende yang bagus.

tak dilupakan lagi, lembaga penapisan malaysia yang sangat komited dalam menjalankan tugas. diorang tapis filem 18sx sampai bole jadi tahap U. yang ni aku tak kisah sangat. mungkin korang kate unsur – unsur 18sx memang patut potong. tapi camne pulak dengan 18sg dan lain2. lembaga penapisan masih menganggap perkataan “fuck” sebagai offensive dan semua mak bapak patut tutup telingan anak diorang dari dengar perkataan ni. aku pun x paham ape yang offensive sgt “F” word tu

2) Perbuatan yang sia – sia

Malaysia negara membangun beb, bukan macam 20-30 tahun lepas, internet tu bukan bende yang asing lagi. aku percaya, pihak tersebut takkan berjaya sekat hal ni. komfem ade hacker yang boleh bolos dan diorang akan share teknik tersebut. setakat nak bypass pergi website2 tu, apa sangat la kan.untuk pengetahuan rakan – rakan. dah ada dah cara nak bypass. tapi taknak la tulis sini sebab copy paste kerja orang lain kan, lagipun aku bukan hacker.

tapi nah aku bagi keyword sket “DNS to bypass Malaysia internet block” (google ni taw.komfem dapat..jgn gtaw org ye :P)

3) Hak Asasi Manusia

“Internet ialah hak asasi manusia”. jelas tertulis kat piagam PBB. tapi ok la.. pastu dalam perlembagaan negara nak apply pulak akta. Kenapa baru sekarang? tak siapa tahu.sebelum ni ade iklan satu ISP internet, sorang tokoh tu ye ye je cerita kebebasan internet. bla3, itu ini, tapi sekarang ape dah jadi? communist style freedom?haish.

4) Tiada Syarat Dalam Berjual Beli

Dalam Islam tiada syarat dalam berjual beli. dengan download kat internet, bukan ada third party amik untung pun. sama macam beli dvd, bagi jiran pinjam. tapi kat internet jiran yang lebih ramai. part ni malas tulis banyak-banyak

5) artis yang patut ubah cara marketing sebab cetak rompak takkan boleh diatasi

aku tak percaya aku tulis perkara ni, artis kita patut contohi management artis korea (management je, artis diorang teruk gak, xde pun attitude baik sangat) dalam mengatasi hal cetak rompak. caranya ialah, dengan menjadikan artis itu sendiri sebagai produk. Kalau setakat jual album dengan satu je lagu hit.lain – lain tu lagu “cukup syarat”, ade ke orang nak beli album korang? xde dah. diorg mungkin boleh cetak rompak lagu. tapi x boleh copy bulat2 artis tu. dengan macam ni, artis (aku janggal guna perkataan ni sebenarnya) still boleh untung sebab diorang dah create fenomena. orang still beli album diorang, datang concert, beli merchandise dan lain – lain. nak banteras cetak rompak ni, sampai bila2 pun x boleh.

ban la internet. macam la sebelum ni cetak rompak ni xde. lepas ni lagi dasyat. percaye la.

p/s: pendapat peribadi, marah ni Steaming mad

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...